Saturday 6 September 2014

200,000 tiada kerja


Hampir 200,000 penduduk bandar ini kini tidak mempunyai pekerjaan akibat keganasan Israel baru-baru ini.

Ia meningkatkan jumlah penduduk yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara diri dan keluarga mereka kepada 900,000 orang.

Dalam satu kenyataannya, Kesatuan Sekerja Palestin berkata, 30,000 pekerja hilang pekerjaan kerana keganasan Israel selama 51 hari itu turut membawa kepada kemusnahan sejumlah besar kilang, bengkel, perniagaan dan kedai.

Sebelum ini, 170,000 penduduk tidak mempunyai pekerjaan akibat kepungan dilaksanakan Israel ke atas wilayah itu sejak lapan tahun lalu.

“Seramai 200,000 daripada 330,000 pekerja dalam pasaran buruh Palestin di Semenanjung Gaza kini tidak mempunyai pekerjaan,” kata kesatuan berkenaan.

Menurutnya, keganasan Israel meningkatkan kadar pengangguran di Gaza kepada lebih 55 peratus.

Ia juga menegaskan penduduk Gaza masih menanti pelaksanaan gencatan senjata serta pembukaan pintu sempadan untuk pembinaan semula wilayah itu seperti yang dipersetujui dalam gencatan senjata jangka panjang yang ditandatangani antara Palestin dan Israel di bawah pengawasan Mesir pada 21 Ogos lalu.



Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/06

No comments:

Post a Comment