Tel Aviv: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menarik balik terma perjanjian gencatan senjata dengan pejuang Palestin di Kaherah minggu lalu, lapor stesen televisyen Channel 10 semalam.
Berdasarkan perjanjian itu Palestin dan Israel akan mencapai perjanjian muktamad dalam beberapa isu, termasuk menamatkan kepungan serta menunda perbincangan isu lain seperti pembinaan bangunan di pelabuhan serta lapangan terbang. Perbincangan itu sepatutnya disambung di Kaherah dalam tempoh sebulan. Pegawai kanan Israel dilaporkan berkata, Netanyahu tidak bercadang menyambung rundingan dengan Hamas. Wartawan politik Channel 10 Raviv Drucker berkata, dalam mesyuarat tertutup kelmarin Netanyahu enggan menghantar delegasi Israel ke Kaherah. “Kata Netanyahu, dia akan mengalahkan Hamas melalui penarikan balik terma persetujuan menjelang gencatan senjata sebelum ini,” katanya. Namun, Netanyahu tidak mendedahkan realiti keseluruhan mengenai persetujuan Israel membuka sempadan Gaza serta perluasan zon menangkap ikan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/04
No comments:
Post a Comment