Penduduk Gaza membersihkan kawasan pertanian mereka yang musnah akibat kekejaman rejim Zionis. Foto oleh AFP |
RAMALLAH - PALESTIN. Israel didakwa membekukan hasil cukai Palestin hingga menyebabkan Perbendaharaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi akibat tindakan tersebut.
Seorang pegawai kanan PA memberitahu Tel Aviv tidak memindahkan hasil cukai yang telah dikutip oleh mereka bagi pihak Palestin.
"Kami memikul tanggungjawab yang besar untuk memenuhi keperluan penduduk di zon bencana di Genting Gaza. PA kini berhadapan masalah untuk membayar gaji pekerja akibat pembekuan hasil cukai tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, situasi tersebut menjadi lebih buruk selepas kebanyakan negara pemberi dana gagal memenuhi komitmen bantuan mereka.
Sementara itu, rancangan Israel untuk merampas 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di Tebing Barat terus dikecam banyak pihak.
Kesatuan Eropah (EU) turut menggesa Tel Aviv supaya menarik balik hasrat tersebut yang disifatkan sebagai pencerobohan terbesar dalam tempoh tiga dekad.
Jurucakap EU bertindak memberi amaran terhadap rancangan tersebut kerana ia didakwa mempunyai kaitan dengan projek perluasan penempatan haram Yahudi.
"Sebarang tindakan yang mungkin menjejaskan kestabilan dan prospek rundingan gencatan senjata di Gaza perlu dielakkan," tegasnya kepada Middle East Monitor.

No comments:
Post a Comment