Projek pembinaan semula Genting Gaza didakwa mungkin mengambil masa selama tiga dekad. |
ANKARA - TURKI. Jawatankuasa Antarabangsa bagi Menyokong Genting Gaza melancarkan kempen mengumpulkan dana berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk projek pembinaan semula wilayah itu yang musnah teruk akibat kekejaman rejim Zionis.
Keputusan itu dibuat sejurus jawatankuasa tersebut ditubuhkan ketika forum pertama mereka di Istanbul.
Mereka juga bercadang untuk menyalurkan AS$100 juta (RM318 juta) untuk perkhidmatan bantuan kecemasan dan tempat perlindungan di wilayah tersebut lapor Middle East Monitor.
Forum yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri 250 delegasi dari 35 negara yang mewakili lebih 70 yayasan dan bertujuan menyatukan usaha akar umbi bagi menyalurkan serta mempercepatkan proses penghantaran bantuan ke Genting Gaza.
Dalam perkembangan lain, masyarakat antarabangsa terus mengutuk rancangan Israel untuk merampas 400 hektar tanah di Tebing Barat yang dianggap pencerobohan terbesar dalam tempoh 30 tahun.
Pengarah Amnesty International di Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther menegaskan helah Tel Aviv untuk merampas tanah milik penduduk Palestin perlu dihentikan kerana ia mencabuli hak mereka dan melanggar undang-undang antarabangsa.
Mesir yang menjadi perantara dalam rundingan gencatan senjata antara Israel dan Palestin turut mengecam tindakan tersebut yang disifatkan sebagai penghalang utama kepada usaha perdamaian di rantau tersebut.

No comments:
Post a Comment