Beberapa penduduk Palestin tidak berpuas hati selepas larangan baharu itu berkuatkuasa, Rabu lalu. |
Ketua Pengarah Pertubuhan Wakaf dan Hal Ehwal Al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib memaklumkan penduduk Palestin di Tebing Barat turut dilarang menunaikan solat Jumaat di masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.
Menurut Press TV, sebelum ini, rejim Zionis pernah beberapa kali bertindak biadab mencemari kesucian Al-Aqsa dengan menyerbu masjid berkenaan dan menyerang penduduk Palestin yang berada di sekitarnya.
Dalam perkembangan lain, seorang kanak-kanak Palestin berumur 10 tahun dilanggar tanpa perikemanusiaan oleh sebuah kereta dipercayai milik pendatang haram Yahudi di kawasan kejiranan Silwan.
Menurut jurucakap Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Adam al-Risheq yang dirempuh dengan sengaja ketika sedang bermain berhampiran rumahanya turut cedera dalam kejadian itu.
No comments:
Post a Comment