Baiutulmaqdis: Mahkamah Israel semalam memerintahkan seorang remaja Palestin warga Amerika Syarikat (AS) yang didakwa dipukul dalam tahanan polis supaya menjalani tahanan di rumah selama sembilan hari sehingga siasatan dia menyerang tentera Israel dengan batu selesai.
Tariq Abu Khder, 15, yang tinggal di Florida adalah sepupu Mohammed Abu Khder, remaja Palestin berusia 16 tahun yang diculik dan dibunuh minggu lalu dalam kejadian disyaki dilakukan pelampau Yahudi.
Pembunuhan Mohammed mencetuskan rusuhan selama empat hari berturut-turut.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap polis Luba Samri.
Tariq, ditahan Khamis lalu di kejiranan Shuafat di bandar ini ketika penduduk Palestin bertempur dengan polis rejim Zionis.
Ibu bapanya mendakwa dia dipukul selepas diahan polis.
Kejadian itu juga mendapat perhatian Jabatan Negara AS.
Tariq sedang bercuti di Baitulmaqdis ketika sepupunya dibunuh dalam kejadian dipercayai dilakukan oleh pelampau Yahudi bagi membalas dendam kejadian menculik dan membunuh tiga remaja Yahudi, bulan lalu.
Sehingga kini polis Israel mendakwa motif pembunuhan Mohammed tidak jelas, namun semalam Luba mengakui kejadian itu mempunyai sentimen perkauman.
Bagaimanapun, butiran lain mengenai siasatan itu dirahsiakan.
Laporan bedah siasat awal menunjukkan remaja berkenaan dibakar hidup-hidup.
Sehari selepas Mohammed ditahan, klip video tersebar di YouTube menunjukkan polis Israel membelasah dan menendang Tariq yang separuh pengsan dan bergari.
- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07
No comments:
Post a Comment