![]() |
Penduduk Palestin menyambut baik pembentukan Kabinet perpaduan. Foto: AFP |
RAMALLAH - PALESTIN. Israel mendakwa pejuang Palestin melancarkan roket di Genting Gaza, sejam sebelum Kabinet dibentuk, semalam.
Jurucakap tentera berkata, serangan berlaku di selatan Genting Gaza itu menyebabkan tentera udara digerakkan bagi tujuan serangan balas.
Menurut Agensi, sehingga kini, kesahihan Palestin melancarkan serangan itu tidak disahkan.
Media menyifatkan, Israel dan Amerika Syarikat (AS) kini semakin tertekan selepas Hamas dan Fatah bersepakat membentuk kerajaan perpaduan.
Kesepakatan itu dilihat melemahkan usaha Israel untuk menakluki beberapa wilayah di negara terbabit dengan sokongan Amerika Syarikat (AS).
April lalu, Hamas dan Fatah dibawah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas menandatangani perdamaian sekali gus bersepakat membentuk Kabinet perpaduan.
Sementara itu, Setiausaha Negara AS, John Kerry menyuarakan kebimbangan terhadap pembentukan kerajaan itu
Beliau berkata, AS tidak teragak-agak menghukum kerajaan terbabit jika melanggar prinsip komposisi dan dasar antarabangsa.

No comments:
Post a Comment