Wednesday, 7 May 2014

Hamas bebas anggota Fatah


7 Mei 2014


GENTING GAZA - PALESTIN. Seramai enam anggota Fatah dibebaskan Kementerian Dalam Negeri Hamas sebagai sebahagian daripada perjanjian damai yang dipersetujui bersama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), 23 April lalu.

Kelmarin, penasihat kepada perdana menteri Hamas, Issa Nashar turut menggesa pemangku Presiden Mahmoud Abbas supaya memberi respons positif terhadap langkah tersebut.

"Mahmoud dan Pihak Berkuasa Palestin perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perdamaian di wilayah ini. Mereka perlu menghentikan semua amalan yang mengancam hubungan bersama Fatah," katanya.

Difahamkan, kira-kira 3,000 anggota polis juga akan ditukarkan dari Tebing Barat ke Genting Gaza mengikut kandungan perjanjian damai terbabit.

Dalam perkembangan lain, Mahmoud mengadakan pertemuan pertama kali bersama pemimpin Hamas Khaled Meshaal yang berada di Doha sejak lebih dua tahun lalu selepas beliau meninggalkan Syria.

Kedua-dua pemimpin tersebut dijangka membincangkan kandungan perjanjian damai tersebut dan bagaimana untuk melaksanakannya, laporan dipetik dari Press TV.

No comments:

Post a Comment