Puluhan penduduk Palestin mendirikan solat di luar Masjid Al-Aqsa dengan kawalan polis |
Ketua Pengarah Hal Ehwal Al-Aqsa Azzam al-Khatib berkata, Israel melarang umat Islam berusia bawah 50 tahun memasuki masjid itu.
"Akibatnya, puluhan penduduk terpaksa menunaikan solat di pintu utama masjid berkenaan," katanya dipetik PIC
Sementara itu, pasukan perubatan Palestin melaporkan, dua ditahan dan 15 cedera selepas polis anti rusuhan Israel menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan tunjuk perasaan di perkarangan masjid itu.
Ketegangan memuncak di kawasan berkenaan ketika hari cuti umum susulan penduduk Palestin bimbang kemungkinan penganut Yahudi cuba memasuki masjid Al-Aqsa untuk bersembahyang.
No comments:
Post a Comment