Wednesday 7 May 2014

Hamas bebas 6 anggota Fatah


GAZA CITY 6 Mei - Pergerakan Hamas membebaskan enam orang anggota pergerakan Fatah yang ditahan oleh Fatah semalam, sebagai sebahagian daripada syarat dalam pakatan perpaduan yang ditandatangani antara kedua-dua pertubuhan itu dua minggu lalu.
Pembebasan itu dilakukan selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan bersama ketua pergerakan Fatah, Khaled Meshaal di Doha, semalam.
Menurut pegawai keselamatan Hamas, kesemua anggota Fatah itu ditahan selepas mereka didapati melakukan `kesalahan keselamatan', manakala pegawai Fatah pula berkata, lebih 40 orang anggota pergerakan itu masih ditahan di Genting Gaza.
Penahanan anggota Fatah atau Hamas sering berlaku antara kedua-dua pergerakan Palestin itu, terutamanya setelah pergerakan Hamas berjaya menenangi pilihan raya Palestin pada 2006.
Sejak itu, tercetus perang saudara yang menyaksikan Genting Gaza dikuasai Hamas dan Fatah menguasai Tebing Barat.
“Mahmoud dan pihak berkuasa Palestin seharusnya mewujudkan satu persekitaran yang positif selepas perdamaian berjaya dilaksanakan dan mereka perlu berhenti menguatkuasakan tindakan keselamatan," kata Penasihat Perdana Menteri Hamas, Ibrahim Nashar dalam satu kenyataan.
Saling tidak mempercayai telah mengakibatkan perjanjian damai terdahulu berakhir, selepas kedua-dua pihak bergelut untuk mencapai persepakatan apabila Hamas mahu memerangi Israel dengan cara peperangan berbanding Mahmoud yang memilih pendekatan rundingan.
Perjanjian damai antara Hamas dan Fatah turut mengakibatkan Israel menunda pelaksanaan rundingan damai dengan Palestin yang ditaja Amerika Syarikat. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140507/lu_07/Hamas-bebas-6-anggota-Fatah#ixzz30yUS4FvE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment