Friday, 21 June 2013

Tentera Israel di dakwa dera kanak-kanak Palestin


GENEVA 21 Jun - Sebuah badan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mendakwa tentera Israel menganiaya kanak-kanak Palestin termasuk mendera mereka yang berada dalam jagaan dan menggunakan yang lain sebagai perisai manusia.
Jawatankuasa Hak Asasi Kanak-Kanak PBB berkata, kanak-kanak Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang dikuasai Israel semasa perang 1967 secara rutin dinafikan pendaftaran kelahiran mereka dan mendapat akses kepada penjagaan kesihatan, persekolahan dan air bersih.
"Kanak-kanak Palestin ditahan oleh tentera Israel dan polis secara sistematik dan menjadi subjek kepada layanan buruk dan kerap diseksa, disoalsiasat dalam bahasa Ibrani, bahasa yang mereka tidak fahami dan menandatangani pengakuan dalam bahasa Ibrani untuk dilepaskan,’’ katanya dalam satu laporan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130621/lu_01/Tentera-Israel-di-dakwa-dera-kanak-kanak-Palestin#ixzz2WnpvZEDL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment