Thursday, 20 June 2013

Jet pengintip Israel ceroboh Lubnan

Jet pengintip Israel ceroboh LubnanJet pejuang Israel yang didakwa menceroboh ruang udara Lubnan, kelmarin.
BEIRUT - Pasukan keselamatan Lubnan mendedahkan, sebuah jet pengintip tentera Israel menceroboh kawasan udaranya di wilayah selatan.

Menurut pegawai, jet pengintip  Yahudi itu dilihat memasuki ruang udara Riyak, Baalbek dan Hermel, pagi kelmarin.

Menurut PressTV, "Laporan menyatakan pesawat musuh telah melakukan gerakan bulat ke atas beberapa kawasan sebelum meninggalkan ruang udara Lubnan pada pukul 10.15 malam waktu tempatan.

"Kemudian, ia menuju ke arah wilayah  dihuni penduduk iaitu bandar Naqoura, selatan Lubnan," katanya.

Setakat ini, tindakan pencerobohan ruang udara oleh tentera Yahudi berlaku hampir setiap hari dengan alasan sebagai tujuan pengawasan.

Pada 14 Jun, pasukan keselamatan Lubnan pernah melaporkan pencerobohan oleh pesawat tanpa pemandu Israel yang memasuki ruang udara negara Beirut.

Tindakan Israel dilihat sebagai pencerobohan dan melanggar Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1701 serta kedaulatan negara Lubnan.

Namun, Israel tetap berkeras menceroboh dengan alasan tidak munasabah walaupun telah ditegur Majlis Keselamatan PBB.

No comments:

Post a Comment