Summer camp di Palestin
Remaja diajar cara mengendalikan senapang AK47.
Summer camp di Palestin
Mereka juga dilatih kaedah bersembunyi di sebalik kubu pasir.
Summer camp di Palestin
Usia tidak menghalang kumpulan kanak-kanak ini merangkak di bawah pagar berduri.
JIKA di negara kita, summer camp merupakan aktiviti paling ditunggu pelajar ketika musim cuti sekolah. Sepanjang program itu, pelbagai aktiviti ilmiah dan pengisian kerohanian diterapkan kepada peserta kem.

Menurut laporan Mail Online, berbeza dengan kanak-kanak Palestin di mana mereka melakukan aktiviti ketenteraan sebagai persediaan menentang keganasan rejim Zionis.

Ternyata semangat ‘kebencian’ terhadap rejim itu disemai dari usia kanak-kanak bagi memupuk disiplin ketenteraan.

Di Semenanjung Gaza, kira-kira 10,000 kanak-kanak dilatih menggunakan senjata untuk perangi rejim.

Kanak-kanak dan remaja berusia antara enam dan 16 ini dilihat mengambil bahagian dalam pelbagai latihan ketenteraan termasuk simulasi penangkapan askar Israel.

Baru-baru ini, sekumpulan pelawat digelar Generasi Iman, menyaksikan sendiri bagaimana kanak-kanak ini diberi senapang AK47 yang lebih besar daripada saiz tubuh kanak-kanak itu untuk membiasakan mereka menggunakan mengendalikan senjata berkenaan.

Jurucakap kumpulan itu berkata, suasana ini amat menakjubkan di mana kanak-kanak yang menyertai kem musim panas ini memakai seragam hitam dengan dibekalkan dua senapang setiap seorang.

“Jika selama ini mereka hanya menelah pelajaran dan perkara itu amat meletihkan. Tetapi, di summer camp ini kami dapat saksikan mereka benar-benar terhibur dan bersemangat,” katanya.