Monday 24 June 2013

PM Palestin letak jawatan


RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmud Abbas semalam menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, Rami Hamdallah yang baru dua minggu dilantik, sekali gus meletakkan kerajaannya kembali dalam krisis.
Ini merupakan kali kedua perdana menteri Palestin meletak jawatan dalam tempoh sepuluh minggu. Abbas kini mempunyai 35 hari untuk mencari pengganti Hamdallah.
Abbas turut meminta Hamdallah agar terus memainkan peranan sebagai pembantunya sehingga pembentukan kerajaan baharu berjaya dilaksanakan.
Keputusan tersebut dibuat dalam satu mesyuarat di antara dua pemimpin itu.
"Presiden Abbas menerima perletakan jawatan Hamdallah selepas beliau enggan bekerja dengan dua orang timbalannya," jelas sumber.
Krisis tercetus pada Khamis apabila Hamdallah secara tiba-tiba menghantar surat perletakan jawatan. Beliau mendakwa timbul masalah 'perebutan kuasa' berikutan tindakan Abbas melantik dua orang timbalan yang bekerja secara langsung di bawahnya.
Hamdallah dilantik sebagai perdana menteri pada 2 Jun lalu dan mengangkat sumpah empat hari kemudian.
Beliau dilaporkan berang dengan layanan yang diterima daripada dua orang timbalannya iaitu Ziad Abu Amr dan Mohammed Mustafa. Amr dan Mustafa juga didakwa cuba menggunakan kuasa yang tiada pada mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2X5CDAjww 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment