Sunday, 19 May 2013

Polis Mesir tutup sempadan Rafah

Polis Mesir tutup sempadan RafahPolis Mesir bertindak menutup sempadan Rafah sebagai protes ke atas insiden penculikan tujuh anggota pihak berkuasa
KAHERAH - Polis Mesir, semalam terus menutup sempadan Rafah yang menghubungkan laluan ke Gaza sebagai protes ke atas insiden penculikan tujuh anggota pihak berkuasa di Semenanjung Sinai, Khamis lalu.

Media melaporkan, tiga anggota polis dan empat askar itu diculik sekumpulan lelaki bersenjata yang menuntut pembebasan beberapa banduan ditahan di balai polis El- Arish di Sinai Utara.

Difahamkan, bantahan yang masuk hari kedua itu dibuat sehari selepas Presiden Mohammed Mursi mengadakan rundingan bersama menteri dalam negeri dan menteri pertahanan berhubung usaha untuk membebaskan kesemua tahanan.

Insiden penculikan di Semenanjung Sinai dilaporkan meningkat sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 2011.

No comments:

Post a Comment