Thursday 2 May 2013

Israel tidak setuju usul Liga Arab



Gambar fail bertarikh 8 Januari 2009, merakamkan letusan bom fosforus putih di Gaza City semasa serangan besar-besaran Israel selama tiga minggu ke atas wilayah Palestin. - REUTERS
BAITULMAQDIS 1 Mei - Israel tetap tidak akan mengadakan rundingan damai, jika rundingan adalah berasaskan kepada pengunduran penuh Israel dari kawasan yang ditawannya dalam Perang Enam Hari pada 1967.
Menteri Keselamatan Israel, Gilad Erdan berkata, tiada rundingan akan berlaku, jika Israel terlebih dahulu dikehendaki bersetuju ke meja rundingan berasaskan garisan sempadan 1967.
"Kami tidak boleh memulakan rundingan dengan terlebih dahulu bersetuju untuk melepaskan semuanya,'' katanya dalam satu program radio.
Kenyataan Erdan dikeluarkan sehari selepas Liga Arab mengusulkan cadangan baharu kepada Insiatif Perdamaian Arab 2002 bagi penyelesaian konflik Palestin-Israel.
Usul tersebut melibatkan prinsip pertukaran tanah dalam konteks pengunduran Israel dari garisan sempadan 1967 sebagai pertukaran dengan hubungan diplomatik penuh dengan dunia Arab.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu setakat ini menolak sebarang rundingan untuk berundur dari garisan sempadan yang wujud sebelum 4 Jun 1967. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130502/lu_07/Israel-tidak-setuju-usul-Liga-Arab#ixzz2S5NDXI7T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment