Monday 13 May 2013

Bantuan Perubatan Saudi Tiba Di Gaza


[12/05/2013 - 02:56]

Gaza - Gelombang baru bantuan perubatan Saudi tiba di Gaza melalui sempadan Rafah, bantuan ini dibawa dengan pesawat kargo milik Saudi.

Sumber di sempadan Rafah menyatakan, dua kenderaan besar mengandungi 10 tan bantuan perubatan diberikan kerajaan Saudi Arabia untuk rakyat Palestin, bantuan ini gelombang ke 11 dari bantuan Saudi.

Bantuan disalurkan melalui kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Mesir di Sinai dan Palestin di Gaza.

Penerbangan udara antara Saudi dan lapangan terbang Arish baru diaktifkan untuk mengangkut bantuan perubatan Saudi bagi rakyat Gaza sejak Isnin minggu lalu. Penerbangan dijadualkan berlangsung selama 14 hari untuk mengangkut bantuan sebanyak 140 tan mengandungi ubat-ubatan dan peralatan perubatan bernilai 3 juta USD. (qm)

Sumber : Info Palestina

Aman Palestin

No comments:

Post a Comment