BAITULMUQADDIS – Seorang tentera Israel yang dirakam menembak mati suspek penyerang Palestin akan terus ditahan di pangkalan tempat dia bertugas sehingga sesi perbicaraan mahkamah berikutnya, kata sebuah mahkamah tentera kelmarin.
Satu sidang baharu mahkamah rayuan tentera dijadualkan berlangsung Selasa ini, jelas tentera Zionis dalam satu kenyataan akhbar.
Keputusan untuk menempatkan tentera itu di bawah tahanan di pangkalan tersebut dilihat kurang serius berbanding menahannya di penjara tentera.
Tindakan itu menyusul selepas keputusan memihak kepada anggota terbabit Khamis lalu apabila pendakwa raya tentera mengumumkan tentera berusia 19 tahun itu akan disiasat kerana membunuh tanpa niat dan bukan pembunuhan terancang.
Di bawah undang-undang Israel, membunuh tanpa niat merujuk kepada perbuatan yang disengajakan tetapi tidak dirancang lebih awal.
Rakaman tersebut menunjukkan anggota tentera yang dirahsiakan identitinya itu menembak mati suspek Palestin terbabit dari jarak dekat di bandar Hebron di Tebing Barat pada 24 Mac lalu.
Video dirakam seorang sukarelawan Palestin, B’Tselem itu menunjukkan Abdul Fatah al-Sharif, 21, bersama seorang lelaki lain yang dituduh menikam seorang tentera terbaring di tanah selepas terkena tembakan.
Seorang anggota tentera Zionis kemudian datang menembak Abdul Fatah di kepala tanpa sebarang provokasi. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz44iWFUnCG
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment