Friday, 1 January 2016

Israel mohon maaf tingkah laku buruk diplomat

KHAMIS, 31 DISEMBER 2015 @ 1:15 PM

SINGAPURA: Israel menjelaskan ia sudah meminta maaf atas tingkah laku keterlaluan seorang diplomat muda di kedutaannya di kota itu, yang didakwa menggunakan bendera Singapura sebagai alas meja dalam satu majlis. Media tempatan melaporkan, Menteri Luar Singapura sudah memanggil Duta Israel selepas membuat laporan polis susulan insiden pada Ahad lalu dan identiti diplomat berkenaan didedahkan. "Kedutaan Israel di Singapura sangat terkejut dengan tingkah laku buruk yang ditunjukkan seorang kakitangan kami dan kami memohon maaf," kata kedutaan Israel dalam satu kenyataan akhbar. Menurut kenyataan itu, Ketua Pengarah di Kementerian Luar Israel sudah mengarahkan satu tindakan disiplin yang tegas diambil terhadap diplomat itu. Kementerian Luar Singapura berkata, penyalahgunaan bendera Singapura adalah satu kesalahan yang serius dan menyambut baik permohonan maaf kedutaan dengan jaminan diplomat berkenaan akan dikenakan tindakan. Menurut media tempatan, bendera Singapura digunakan sebagai alas meja dalam satu majlis yang dihoskan diplomat berkenaan di kondominiumnya di Singapura. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/109840

No comments:

Post a Comment