Anggota polis Israel memeriksa kawasan kejadian berdekatan mayat seorang warga Palestin yang dibunuh tentera Israel dalam satu pertempuran di Tebung Barat. REUTERS
RAMALLAH 5 Dis. – Tentera Israel semalam menembak mati empat penduduk Palestin selepas mendakwa mereka cuba menye-rang askar berkenaan, dalam konflik yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Dalam serangan pertama yang berlaku malam kelmarin di bandar Hebron, dua penduduk Palestin yang didakwa cuba menikam seorang askar Israel sebelum mereka ditembak mati.
"Sebanyak dua penyerang menikam seorang tentera di Hebron. Sebagai tindak balas kepada ancaman itu, tentera melepaskan tembakan ke arah penyerang mengakibatkan kematian mereka,’’ kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Dua serangan berikutnya berlaku di utara Tebing Barat berhampiran penempatan Yahudi di utara Ramallah.
Sebanyak dua tentera Israel cedera berhampiran penempatan Ofra dengan pemandu kereta yang menyerang anggota berkenaan ditembak mati.
"Seorang penduduk Palestin merempuh kenderaannya ke arah tentera. Sebagai tindak balas, tentera yang berada di lokasi menembak penyerang itu,’’ kata kenyataan tentera.
Penduduk kampung kemudiannya dengan segera mengambil mayat penyerang bimbang tentera Israel mengambil dan enggan menyerahkan kembali mayat itu kepada keluarga mereka.
Serangan itu berlaku beberapa jam selepas satu insiden serupa kira-kira 20 kilometer daripada tempat berkenaan yang menyaksikan seorang penduduk Palestin maut akibat ditembak selepas mencederakan seorang tentera rejim Zionis.
"Penyerang keluar daripada kenderaannya dan menikam tentera pada lehernya di sebuah pusat pemeriksaan,’’ tambah kenyataan tentera Israel lagi. – AFP
No comments:
Post a Comment