Tuesday 10 November 2015

Rejim Zionis bedil Gaza


Rejim Zionis bedil Gaza

10 NOVEMBER 2015
Rejim Zionis bedil Gaza Pertempuran antara rejim Zionis dan penduduk Palestin tercetus sejak beberapa minggu lalu. - Foto AFP

GENTING GAZA - PALESTIN. Tentera rejim Zionis dilaporkan membedil pusat kemudahan milik Hamas di selatan Genting Gaza di bawah tindakan keganasan terbaharu yang dikhuatiri akan meningkatkan lagi konflik di wilayah tersebut.

Saksi mendakwa serangan udara menyasarkan bandar Khan Yunis terbabit berlaku pada awal pagi semalam.

Sehingga kini, tiada laporan kematian dikeluarkan daripada pihak berkuasa Palestin atau Israel.

Menurut media di Tel Aviv, serangan itu dilancarkan kononnya sebagai respons terhadap bedilan roket ke selatan negara itu yang turut mencetuskan siren amaran, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa rejim Zionis bertindak mengisytiharkan beberapa kejiranan di bandar Qalqiliya di utara Tebing Barat sebagai zon tentera.

Agensi berita Wafa melaporkan tentera Israel turut menutup beberapa persimpangan utama di wilayah tersebut dan penduduk Palestin juga akan diberikan permit khas untuk membolehkan mereka masuk atau meninggalkan kediaman masing-masing.

Difahamkan, arahan itu dikeluarkan selepas rejim Zionis meningkatkan usaha untuk memburu suspek serangan terbaharu yang menyebabkan seorang penduduk Israel cedera, lapor Press TV.

No comments:

Post a Comment