WARTAWAN SINAR HARIAN
7 NOVEMBER 2015
JAKARTA - INDONESIA. Amerika Syarikat (AS) perlu bertanggungjawab kerana membantu dan bersubahat dengan rejim Zionis dalam melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, menurut peguam antarabangsa dan pengulas politik.
Barry Grossman yang berpangkalan di Pulau Bali, Indonesia, berkata, di bawah perjanjian sedia ada ditandatangani pada 2007 hingga 2017, Israel telah menggunakan kira-kira AS$3 bilion (RM13 bilion) bantuan ketenteraan setiap tahun.
Katanya, pada tahun ini Israel memohon kenaikan bantuan ketenteraan sehingga 60 peratus iaitu purata sebanyak AS$5 bilion (RM22 bilion) setahun bagi sepanjang tempoh 2018 hingga 2028.
"Setiap dolar yang disediakan oleh pembayar cukai AS untuk membiayai tentera, adalah dolar dari bajet Israel sendiri yang akan digunakan untuk merasuah ahli politik Amerika.
"Bantuan ketenteraan AS untuk sekutu dan negara lain diagihkan pada suku tahun, tetapi Israel menerima semua peruntukannya secara penuh pada awal tahun ini," katanya dipetik Press TV.
Menurutnya lagi, rejim Zionis turut diberi kelebihan membeli senjata lebih cepat dan boleh membuat tawaran secara langsung dengan pengeluar senjata," katanya.
No comments:
Post a Comment