Friday, 16 October 2015

Rejim Zionis mengganas lagi


Rejim Zionis mengganas lagi

16 OKTOBER 2015
Rejim Zionis mengganas lagi Jenazah Moataz Zawahra diusung selepas pemuda itu terbunuh dalam pertempuran dengan polis Israel. - Foto AFP

TEBING BARAT - PALESTIN. Pasukan keselamatan Israel menembak mati dua lagi warga Palestin dalam keganasan yang memasuki hari ke-14 di Baitulmaqdis.

Kematian terbaharu itu menyaksikan angka korban penduduk Palestin meningkat kepada 30 orang.

Agensi berita Ma'an melaporkan, polis Israel menembak mati seorang pemuda Palestin di Pintu Damsyik di Baitulmaqdis, kelmarin.

Menurut laporan itu, mangsa berusia 20 tahun dan berasal dari Hebron.

Polis Israel mendakwa mereka terpaksa melepaskan tembakan jarak dekat selepas pemuda terbabit mahu menikam anggota yang cuba melakukan pemeriksaan badan.

Dalam kes kedua, polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin berusia 23 tahun yang didakwa menikam seorang wanita Yahudi di barat Baitulmaqdis.

Pembunuhan warga Palestin tercetus sejak Israel melaksanakan sekatan di kawasan-kawasan penempatan di Baitulmaqdis termasuk menggunakan kuasa ketenteraan ketika rejim itu bergelut mengawal kemarahan penduduk Palestin terhadap serangan baharu yang dilancarkan sejak hampir dua minggu lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas mendapat kelulusan Kabinet atas alasan untuk mengekang keganasan lebih buruk di wilayah berkenaan. - al-Jazeera

No comments:

Post a Comment