Baitulmuqadis: Menteri Kabinet Israel semalam mengecam kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan kemungkinan tentera Israel bertindak keterlaluan ketika berdepan siri serangan pisau oleh penduduk Palestin.
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon menuduh Washington silap menilai konflik itu dan mendakwa tindakan polis menembak penduduk Palestin yang bersenjatakan pisau sebagai mempertahankan diri.
Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan pula menyatakan kenyataan AS itu sebagai “bodoh”.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kemudian mengarahkan menteri Kabinetnya tidak mengeluarkan apa-apa komen lagi mengenai kenyataan AS itu.
Arahan itu dikeluarkan ketika Setiausaha Negara AS, John Kerry dijadual melawat Timur Tengah tidak lama lagi untuk mencari jalan penyelesaian.
Tujuh rakyat Israel dan 32 penduduk Palestin maut sejak dua minggu lalu, termasuk 10 penyerang yang terdiri daripada kanak-kanak dan penunjuk perasaan ditembak polis rejim Zionis.
Kemarahan penduduk Palestin itu tercetus selepas pihak berkuasa Israel membenarkan pelawat Yahudi masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby dalam satu sidang akhbar kelmarin berkata, Israel ada hak mempertahankan rakyatnya, tetapi beberapa laporan menunjukkan polis Israel menggunakan kekerasan yang dianggap keterlaluan. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 6:37 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85489#sthash.Hmppd5BJ.dpuf
No comments:
Post a Comment