Thursday, 15 October 2015

Israel kepung Baitulmaqdis Timur

Reuters
Baitulmaqdis: Israel semalam memberi kuasa kepada polis rejim itu untuk mengepung kawasan kejiranan di Baitulmaqdis Timur.

Ia juga mengerahkan ratusan askar untuk mengekang keganasan paling buruk pernah berlaku di seluruh Israel, Baitulmaqdis dan Tebing Barat sejak beberapa tahun lalu.

Pada mesyuarat Kabinet yang berakhir awal pagi semalam, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga membenarkan tindakan melucutkan hak bermastautin rakyat Palestin yang dituduh melakukan ‘keganasan’ dan merobohkan kediaman mereka.

Tujuh Yahudi dan 30 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak dan penyerang mati dalam keganasan membabitkan tindakan menikam, menembak, merempuh kenderaan dan mengebom sepanjang dua minggu lalu.

Israel menjadi punca keganasan itu apabila cuba menguasai Masjid al-Aqsa, termasuk membenarkan penganut Yahudi mencemari masjid ketiga paling suci umat Islam itu.

Israel menganggap seluruh Baitulmaqdis sebagai wilayahnya dan tidak salah baginya mengepung penduduk Palestin di situ.

Bagaimanapun, pemerhati tentera berkata, penduduk Palestin yang ingin melancarkan serangan tetap akan mencari jalan untuk melakukannya dan tindakan mengepung wilayah itu akan meningkatkan lagi kemarahan penduduk Palestin.

Kabinet Zionis itu juga meluluskan langkah mengerah lebih ramai polis dan pengawal dalam kenderaan awam serta menempatkan unit tentera di ‘kawasan sensitif.’

Selain bersetuju merobohkan kediaman penyerang Palestin, Kabinet Zionis itu juga bersetuju melarang pembinaan semula rumah di kawasan itu.

Dalam keganasan terbaru kelmarin, lelaki Palestin bertindak berani membunuh tiga Yahudi dengan menikam atau menembak mereka.

Beberapa orang juga cedera dalam serangan di Baitulmaqdis dan Tel Aviv itu yang berlaku selepas kumpulan Palestin mengisytiharkan ‘Hari Kemarahan.’

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:22 AM


POLIS sempadan Israel memeriksa seorang pemandu Palestin di Baitulmaqdis Timur, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85285#sthash.1TMCjVQz.dpuf

No comments:

Post a Comment