Thursday 22 October 2015

Israel bantah draf resolusi Arab


AFP - DATUK Bandar New York, Bill de Blasio meletakkan tangannya pada Tembok Barat, tapak paling suci orang Yahudi di timur Baitulmuqaddis pada 18 Oktober lalu.


PARIS – Beberapa negara Arab membangkitkan kemarahan Israel berhubung kerana mengemukakan draf resolusi kepada badan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengisytiharkan Tembok Barat di Baitulmuqaddis sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.
Tembok Barat merupakan tempat paling suci bangsa Yahudi.
Kawasan masjid itu terletak di tenggara Kota Lama, timur Baitulmuqaddis yang dijajah Israel dan dianggap suci oleh kedua-dua umat Islam dan orang Yahudi.
Tembok Barat merupakan tapak paling suci di mana orang Yahudi dibenarkan beribadat kerana mereka tidak boleh menjalankan aktiviti keagamaan di dalam masjid al-Aqsa.
Pertempuran antara polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin di pekarangan masjid itu pada bulan lalu membawa kepada keganasan berdarah di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Dalam teks draf yang dilihat wartawan agensi berita AFP kelmarin, Algeria, Mesir, Maghribi, Tunisia dan Emeriyah Arab Bersatu mengutuk tindakan Israel menghalang orang Islam beribadat di Masjid al-Aqsa pada hari raya Aidiladha lalu atas faktor ke­selamatan.
Draf itu turut menyatakan bahawa ‘Plaza Buraq (nama yang diberikan kepada dataran di depan Dinding Barat) sebagai kawasan Masjid al-Aqsa.
Lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB yang dianggotai 58 perwakilan meluluskan draf resolusi itu semalam.
Israel mengutuk keras draf itu sebagai ‘usaha untuk memesongkan sejarah’ dan mengambil alih tapak tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3pFAzWr71 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment