Tuesday 8 September 2015

Ribuan struktur berdepan ancaman perobohan


Ribuan struktur berdepan ancaman perobohan

8 SEPTEMBER 2015
Ribuan struktur berdepan ancaman perobohan Tindakan pencerobohan ke atas struktur milik penduduk Palestin dilaporkan meningkat pada bulan lalu.

TEBING BARAT - PALESTIN. Kira-kira 13,000 struktur di Kawasan C di sini diletakkan di bawah perintah perobohan, sekali gus mencetuskan ancaman baharu kepada penduduk Palestin, menurut PBB, semalam.

Laporan 'Di bawah Ancaman' oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (Ocha) mendedahkan lebih 11,000 arahan perobohan telah dikeluarkan.

"Ia akan memberi kesan besar kepada penduduk Palestin kerana mereka bakal kehilangan tempat tinggal selain dihimpit kemiskinan.

"Antara 1988 dan 2014, Israel telah mengeluarkan lebih 14,000 perintah perobohan. Dalam kebanyakan arahan sama menyasarkan struktur seperti kediaman, pusat perlindungan haiwan dan tandas," jelas laporan tersebut lapor AFP.

Bulan lalu, sebanyak 31 pertubuhan termasuk Amnesty International menyelar tindakan pencerobohan yang semakin meningkat di Tebing Barat.

Difahamkan, kira-kira 300,000 penduduk Palestin menetap di Kawasan C, wilayah pentadbiran diwujudkan di bawah Perjanjian Oslo pada 1995.  

No comments:

Post a Comment