Nablus: Pertempuran meletus semalaman selepas askar Israel menyerbu sebuah rumah di kem pelarian Palestin di Tebing Barat bagi menangkap seorang anggota Hamas, kata pegawai semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74690#sthash.ujzzhhdb.dpuf
Kejadian itu menyebabkan seorang anggota polis Israel dan lima penduduk Palestin cedera.
Pertempuran termasuk kejadian berbalas tembakan tercetus selama beberapa jam di bandar Jenin di Tebing Barat, lokasi paling banyak keganasan tercetus sejak beberapa tahun lalu.
Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serbuan itu dibuat bagi menangkap seorang anggota Hamas.
“Ketika operasi dan selepas beberapa kali mendesak suspek menyerah diri, kami terpaksa merobohkan kediaman tempat lelaki itu bersembunyi.
“Ratusan penduduk Palestin tiba-tiba merusuh dan membaling batu dan bom api, menyebabkan seorang anggota kami cedera,” katanya.
Sebuah stesen radio Israel melaporkan anggota itu cedera selepas pasukan bersenjata Israel melepaskan tembakan.
Sumber keselamatan Palestin dan saksi memberitahu, pertempuran termasuk kejadian berbalas tembakan berlaku antara penunjuk perasaan dan askar Israel.
Lima penduduk Palestin dilaporkan cedera ringan dalam kejadian itu.
Pegawai keselamatan Palestin memberitahu, rumah yang diserbu itu adalah milik Majdi Abu al-Hija, pegawai Hamas yang kemudian ditahan Israel.
Seorang lagi anggota Hamas berjaya melarikan diri.
Kem pelarian yang terletak di wilayah yang dijajah Israel itu didiami ramai anggota Hamas dan kumpulan pejuang lain. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 11:07 AM
No comments:
Post a Comment