Monday 10 August 2015

Desak Rafah dibuka

Desak Rafah dibuka

 RAKYAT PALESTIN YANG MENGALAMI MASALAH KESIHATAN MENUNGGU PINTU SEMPADAN RAFAH DIBUKA SEMULA. - FOTO: AFP
10 OGOS 2015

GAZA - PALESTIN. GERAKAN HAMAS MENGGESA MESIR MEMBUKA SEMULA LALUAN DI SEMPADAN RAFAH BAGI MEMBOLEHKAN RIBUAN RAKYAT PALESTIN YANG MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN MENDAPATKAN RAWATAN DI LUAR.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan kelmarin, jurucakap Hamas, Iyad al-Bozum berkata, kini terdapat kira-kira 20,000 orang di Gaza sedang menunggu pembukaan semula Rafah.

Pada masa sama menurut laporan Press TV, Bozum memberi amaran bahawa penutupan pintu sempadan oleh pihak berkuasa Mesir mengancam nyawa rakyat Palestin yang memerlukan pembedahan segera.

"Kami menggesa agar pihak berkuasa Mesir untuk menilai keadaan kemanusiaan yang sukar di Gaza dan segera buka pintu sempadan supaya nyawa penduduk Palestin dapat diselamatkan," katanya.

Rafah merupakan satu-satunya pintu sempadan menghubungkan penduduk Palestin dengan dunia luar, yang tidak dikuasai oleh Israel.

Bagaimanapun, Mesir sering menutup pintu sempadan berkenaan semenjak pergerakan Hamas berjaya menawan kawasan-kawasan di bahagian Semenanjung Gaza pada 2007.

Sekatan semakin diperhebatkan terutamanya selepas bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi digulingkan pada 2013.

Sepanjang tahun ini, Mesir hanya membuka pintu sempadan berkenaan selama lima hari.

No comments:

Post a Comment