Netanyahu dan isterinya pernah dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah. |
TEL AVIV - PALESTIN. Peguam Negara Israel mengarahkan satu siasatan jenayah dilakukan ke atas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang didakwa menyalahgunakan dana awam sebelum ini.
Kelmarin, pegawai di Kementerian Hal Ehwal Kehakiman memaklumkan Peguam Negara, Yehuda Weintein membuat keputusan itu susulan siasatan awal terhadap kes itu pada Februari lalu.
Media tempatan melaporkan bahan bukti yang diperoleh dari kediaman rasmi dan peribadi beliau mendapati pemimpin itu terlibat dalam kes terbabit.
"Netanyahu didakwa telah memindahkan perabot yang dibeli untuk kediaman rasminya ke rumah percutian beliau di bandar Caesarea dan turut menggunakan dana awam untuk membayar juruelektrik di kediaman tersebut.
"Hasil siasatan terbabit juga mendapati, isteri beliau, Sara telah mengambil deposit botol kosong berjumlah sekurang-kurangnya AS$1,000 (RM3,790)," menurut laporan itu. - Press TV
No comments:
Post a Comment