Khader Adnan (tengah) dibebaskan dari penjara Israel pada Ahad lalu. |
15 Julai 2015
TEL AVIV - Tidak sampai 24 jam dibebaskan, tahanan Palestin, Khader Adnan ditahan semula pihak berkuasa Israel, kelmarin.
Ketika ditahan, Khader, 37, dilaporkan sedang menuju ke Kota Lama Baitulmaqdis bagi menyertai satu upacara keagamaan di Masjid al-Aqsa yang dikuasai Israel.
"Khader Adnan ditangkap kerana dia tidak mempunyai hak untuk berada di Kota Lama Baitulmaqdis, di mana akses ke kawasan Masjid al-Aqsa hanya diberikan kepada lelaki berusia 50 tahun ke atas.
"Dia baru berusia 37 tahun tambahan pula, Khader merupakan aktivis Jihad Islam dan pihak berkuasa Israel menganggap ia sebagai organisasi pengganas. Kerana itulah dia ditahan," kata jurucakap polis Israel, Luba Samri.
Sejurus selepas penahanannya, Khader dibawa ke balai polis, bagaimanapun media tempatan melaporkan dia dibebaskan beberapa jam kemudian.
Khader yang nekad mogok lapar selama 55 hari dibebaskan dari penjara pada Ahad lalu.
Sebelum dibebaskan, Tel Aviv telah berjanji tidak akan menahannya lagi mengikut garis panduan penahanan pentadbiran.
Pada 2013, Khader pernah mendapat perhatian masyarakat antarabangsa selepas dia nekad mogok lapar selama 66 hari sebelum dibebaskan oleh Israel. - Press TV
No comments:
Post a Comment