Portal Palestine News Network melaporkan, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Ya’alon mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel merampas sejumlah wang daripada akaun bank milik persatuan berkenaan tanpa sebarang amaran.
Persatuan Al-Aqsa mengumpul wang daripada pelbagai pihak di Palestin untuk melaksanakan pelbagai projek Ramadan di Baitulmaqdis dan luar Palestin selain menaja majlis berbuka puasa untuk berpuluh-puluh ribu orang di Masjid Al-Aqsa.
Wang tersebut juga bertujuan menaja pakej makanan termasuk bahan keperluan harian kepada keluarga miskin Palestin.
Kementerian Pertahanan mendakwa bahawa Persatuan Al-Aqsa menerima dana daripada Aman Palestin yang diletakkan oleh kerajaan Israel dalam senarai pengganas dua minggu lalu.
Persatuan Al-Aqsa berkata, dana yang diberikan oleh Aman Palestin hanya digunakan untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan dan pendidikan.