Thursday 9 July 2015

Hari Ini Dalam Sejarah : Al-Qassam Menghentam Bumi Haifa Buat Pertama Kali

Written By canang on Khamis, 9 Julai 2015 | 7/09/2015 06:35:00 PTG
Satu tarikh yang sangat bersejarah, pada tarikh tersebut sayap ketenteraan gerakan Hamas, Briged Eizuddin Al-Qassam buat pertama kalinya telah berjaya melanjutkan serangan roket mereka sehingga ke bumi Haifa, sebuah bandar yang terletak di utara Israel. Haifa merupakan bandar ke-3 terbesar di Israel, bumi terjajah. Lebih mengejutkan jarak antara Haifa dan Gaza adalah lebih kurang 150km, bukanlah satu jarak yang dekat.
Berikut adalah artikel yang dikeluarkan oleh unit media Briged Eizuddin Al-Qassam yang diterjemahkan khas untuk tatapan anda semua, rakyat Malaysia.
R160, Roket Palestin Yang Pertama Memeluk Bandar Haifa
Satu tahun yang lalu daripada sekarang, tepat pada pukul 10.06 petang hari Selasa 8/7, sebuah Roket R160 telah dilancarkan ke arah utara tanah Palestin yang terjajah, menjadikan ianya roket hasil buatan tangan penduduk Palestin yang pertama menghentam bumi Haifa, dan roket itu mampu menjangkau jarak sehingga 160km. Briged Al-Qassam telah mendedahkan semasa peperangan Al-Asful Ma’kul sedang berlangsung bahawa roket R160 itu diambil namanya daripada As-Syahid Dr. Abdel Aziz Al-Rantisi. Serangan tersebut merupakan satu kejutan besar kepada pihak musuh Zionis dan pasukan keselamatannya, di mana mereka mengakui kegagalan mereka dalam tidak mengetahui kadar kemampuan roket-roket Briged Al-Qassam.
Bumi Haifa telah dihentam lebih daripada satu kali, dan pihak musuh mencuba untuk membuat helah bagi mengelirukan pandangan umum rakyat Zionis, mereka mendakwa bahawa sistem pertahanan anti-roket milik mereka ‘Iron Dome’ telah memintas kebanyakan daripadanya, namun beberapa media Zionis dan barat telah mengakui bahawa roket-roket telah jatuh menghentam di tengah-tengah bandar Haifa dan ‘Iron Dome’ gagal memintasnya.
Sejak daripada hari-hari awal pertempuran, ratusan perampas Zionis telah mula berpindah daripada selatan Palestin ke arah utara Palestin, dengan sangkaan mereka akan selamat, namun dengan sampainya roket-roket ke Haifa dan kemampuannya untuk menjangkau 160km, ratusan daripada mereka terpaksa untuk berpindah keluar daripada Palestin, dalam masa yang sama jutaan daripada perampas tersebut terpaksa hidup dalam kawasan-kawasan perlindungan kerana takutkan hentaman roket-roket.
Selain itu, sepertimana yang telah diisytiharkan oleh Briged Al-Qassam pada hari ini setahun yang lalu, bahawa mereka telah menghentam Tel Aviv dengan dua roket daripada model J80 yang digunakan buat pertama kali, dan mereka menamakannya dengan nama tersebut sempena nama As-Syahid Ahmed Al-Jaabari. Roket ini mampu menjangkau jarak 80km.
Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, Unit Perindustrian & Kemajuan Briged Al-Qassam telah bekerja keras dalam mencipta dan menginovasi generasi-generasi baru roket, mereka telah bermula dengan Roket Qassam 1 sejak bermulanya intifadah yang mana ianya tidak mampu merentasi beberapa kilometer, kemudian hari berlalu lagi dengan kemunculan roket M75, Kemudian hari berlalu lagi sehinggalah sampai pada hari Briged Al-Qassam mengisytiharkan kemunculan roket S55, J80, dan R160. Jarak capaian roket-roket Al-Qassam telah sampai sehinggalah kepada peperangan Al-Asful Ma’kul sehingga 160km, dan hari-hari yang kemudian masih lagi membawa pelbagai kejutan.
Sumber : Unit Media Briged Al-Qassam
Terjemahan oleh Aman Palestin.

No comments:

Post a Comment