Tuesday 16 June 2015

Israel lulus rang undang-undang kontroversi


Israel lulus rang undang-undang kontroversi

16 JUN 2015
Israel lulus rang undang-undang kontroversi Kumpulan aktivis mengadakan protes membantah rang undang-undang kontroversi itu pada tahun lalu.

TEL AVIV - PALESTIN. Kerajaan Israel telah meluluskan rang undang-undang yang bertujuan untuk memberi makan secara paksa terhadap tahanan mogok lapar.

Kelmarin, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Gilad Erdan mengesahkan undang-undang kontroversi tersebut telah diluluskan Kabinet selepas mereka mendapati tindakan nekad mogok lapar itu kononnya memberi 'ancaman' kepada mereka.

"Ia akan dikemukakan kepada Knesset sebelum dikuatkuasakan sebagai undang-undang baharu," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Difahamkan, rang undang-undang sama pernah diluluskan oleh kerajaan pada tahun lalu, namun ia dibubarkan oleh Knesset sebelum sempat dibahaskan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Perubatan Israel, Leonid Eidelman bertindak mengecam keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai perbuatan tidak beretika.

Dalam satu kenyataan lain, pakar perubatan untuk hak asasi manusia turut mengutuk rang undang-undang tersebut dan menyifatkan ia sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Israel untuk membenarkan sebarang bentuk penyeksaan yang sememangnya mencabuli etika perubatan.

"Tel Aviv sepatutnya mempertimbangkan semula tuntutan tahanan dengan cara menamatkan hukuman penahanan pentadbiran," menurut jurucakap pertubuhan bukan kerajaan tersebut, lapor al-Jazeera.

No comments:

Post a Comment