BAITULMAQDIS 4 Jun – Pesawat tentera Israel menggempur beberapa kedudukan pejuang pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza awal hari ini, sebagai membalas serangan roket beberapa jam sebelum itu, tetapi tiada kecederaaan atau kematian dilaporkan.
Menurut kenyataan tentera rejim Zionis, tiga serangan dilancarkan di pangkalan latihan kumpulan pergerakan Hamas, Izzadine al-Qassam di Gaza City dan satu lagi serangan di bandar Khan Yunis yang terletak di selatan Gaza.
“Tentera Israel bertindak balas terhadap dua serangan roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.
“Sebanyak tiga infrastruktur dimusnahkan dalam serangan balas tersebut,” jelas kenyataan berkenaan. - AFP
No comments:
Post a Comment