BAITULMAQDIS 25 Mei – Mahkamah di Baitulmaqdis, hari ini menjatuhi hukuman penjara selama lapan bulan ke atas bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert selepas didapati bersalah dalam satu kes rasuah yang dibicarakan semula.
Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu yang memerintah dari 2006 hingga 2009 itu menyatakan mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Olmert, 69, telahpun berdepan hukuman penjara selama enam tahun dalam satu lagi kes rasuah berasingan yang ketika ini tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Agung.
Olmert sering menegaskan beliau tidak bersalah dengan menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai ‘kejam dan pemburuan tidak berhati perut’.
Beliau sebelum ini dilepaskan daripada kes rasuah dan penipuan pada 2012, namun bukti terbaharu ditemui semasa Olmert sedang berdepan satu lagi kes rasuah, membuatkan pihak pendakwa raya mendakwanya semula. – AFP
No comments:
Post a Comment