Sunday, 15 March 2015

Tuntut salur bantuan perubatan


14 Mac 2015


GENTING GAZA - PALESTIN . Ratusan penunjuk perasaan berarak dari Majlis Perundangan Palestin ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena menyambut ulang tahun ke-47 Hari Mangsa Cedera, kelmarin.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mengecam masyarakat antarabangsa kerana hanya berdiam diri dan tidak membantu mangsa cedera dalam Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan Israel, Julai lalu.

Mereka juga menuntut bantuan perubatan tambahan diberikan kepada golongan memerlukan di wilayah tersebut.

Sementara itu, ahli gerakan Jihad Islam, Ahmad al-Modallal berkata, perhimpunan itu diadakan untuk menzahirkan solidariti dengan mangsa serangan rejim Zionis.

"Puluhan ribu penduduk Palestin cedera akibat kekejaman Israel dan kami mahu mengetengahkan isu penderitaan mereka untuk memastikan nasib golongan itu terbela," menurutnya lagi. - Press TV

No comments:

Post a Comment