Portal Daily Mail melaporkan, filem selama 15 minit yang dirakam oleh pereka hiasan dalaman rumah, Moshik Galamin memaparkan isteri Netanyahu, Sara menunjukkan kediaman mereka yang agak usang seperti pintu berbunyi dan permaidani yang lusuh.
Sara juga melahirkan rasa malu kerana tidak mempunyai bajet untuk memperbaiki keadaan itu sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada tahun lalu yang memaksa beliau duduk di kerusi dengan kesan tumpahan air kopi.
Bagaimanapun, Galamin dilapor tidak dibenarkan memasuki bahagian atas rumah Netanyahu, manakala saluran televisyen Israel, Channel 10 TV mendakwa dapur yang ditunjukkan dalam filem itu tidak digunakan oleh keluarga Perdana Menteri itu, tetapi sebaliknya oleh pembantu dan kakitangannya.
Video memalukan itu diterbitkan bagi menafikan kontroversi perbelanjaan Netanyahu selepas agensi pemantau mengkritik perbelanjaan beliau menggunakan dana awam.
Agensi kerajaan yang mengawal perbelanjaan negara mendapati, jumlah perbelanjaan ‘melampau’ menggunakan dana awam digunakan oleh Netanyahu dan isterinya untuk membeli makanan, perabot, dan penjagaan halaman rumah di kediaman rasmi dan rumah peribadi mereka.
Parti pembangkang, Parti Yesh Atid menjelaskan, laporan dan video tersebut menggambarkan bagaimana Netanyahu tidak sedar masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk biasa Israel.
No comments:
Post a Comment