Saturday, 28 February 2015

100 tahun pulih Gaza


Urusan pemulihan tergendala akibat sekatan Israel
28 Februari 2015 12:28 AM


Pemandangan udara dirakam kelmarin, menunjukkan sebuah penempatan sementara yang didirikan penduduk di Kampung Khuzaa, timur Khan Younis, di Genting Gaza. – AFP

BAITULMAQDIS 27 Feb. - Pembangunan semula rumah, sekolah, dan hospital di Gaza mungkin mengambil masa selama 100 tahun melainkan Israel menarik balik sekatan bahan pembinaan ke Genting Gaza, kata agensi bantuan Oxfam, semalam.
Menurut Oxfam, lebih 800,000 lori yang membawa muatan bahan binaan diperlukan bagi memperbaiki kemudahan asas itu yang musnah semasa serangan Israel pada tahun lalu.
Bagaimanapun jelas pertubuhan itu, kurang daripada satu perempat daripada satu peratus bahan binaan yang diperlukan telah memasuki Gaza dalam tempoh tiga bulan lalu.

Advertisement
Pengarah wilayah Oxfam, Catherine Essoyan berkata, lebih lama sekatan itu dikuatkuasakan, lebih banyak nyawa akan terancam.
“Banyak keluarga tinggal di rumah tanpa bumbung dan dinding apatah lagi tingkap dalam tempoh enam bulan lalu. Mereka hanya memperoleh bekalan elektrik selama enam jam sehari,’’ kata Essoyan dalam satu kenyataan.
Israel mengenakan sekatan terhadap Genting Gaza selepas Hamas memenangi pilihan raya pada 2006 dengan Mesir dan Israel mengekalkan kawalan ketat kemasukan barang keperluan dan penduduk yang keluar masuk ke wilayah itu.
Menurut Oxfam, kira-kira 100,000 penduduk Gaza dengan separuh daripadanya adalah kanak-kanak kini tinggal di pusat perlindungan, tempat tinggal sementara atau duduk bersama sanak saudara lain selepas rumah mereka musnah.
Ribuan penduduk lagi tinggal di dalam bangunan yang rosak dengan menggunakan kepingan plastik bagi mengelak daripada hujan.
Konflik 50 hari antara pergerakan Hamas dan tentera Israel pada Julai dan Ogos tahun lalu mengorbankan lebih 2,100 penduduk Palestin dan 73 lagi di pihak Israel serta membawa kerosakan teruk kepada wilayah Gaza yang dihuni 1.8 juta penduduk Palestin.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/100-tahun-pulih-gaza-1.64528#sthash.vI58AiTj.dpuf

No comments:

Post a Comment