Friday 23 January 2015

Tel Aviv
Hashtag #JeSuisCouteau (Saya ialah pisau) kini menjadi viral di Twitter sebagai cara sesetengah pihak memuji keberanian seorang lelaki Palestin menikam 11 penumpang sebuah bas di Israel.
Tweet berkenaan yang disiarkan bersama ilustrasi menggambarkan bendera Palestin dan pisau berdarah disiarkan sebagai sokongan kepada lelaki terbabit yang akhirnya ditembak anggota keselamatan rejimZionis selepas mencederakan 11 orang dalam serangan nekad kelmarin.
Hashtag itu adalah olahan daripada #JeSuisCharlie (Saya ialah Charlie) yang digunakan selepas serangan di pejabat majalah satira biadap Charlie Hebdo di Perancis.
Insiden berkenaan berlaku apabila pemuda Palestin terbabit menggunakan pisau untuk menyerang penumpang bas dikendalikan di Israel.
Kejadian itu adalah serangan terbaru melanda Israel yang sejak sekian lama menzalimi penduduk Palestin, terutama di Gaza.
Ketua Hamas berpangkalan di Qatar, Izzat Risheq menafikan pihaknya adalah dalang dalam serangan itu, namun tetap memuji keberanian pemuda terbabit.
Malah Izzat menganggap pemuda Arab itu sebagai seorang yang berani serta gagah.
“Serangan itu adalah tindakan spontan ke atas jenayah keganasan terhadap orang kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Israel menuduh serangan itu berpunca daripada hasutan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan beberapa pemimpin yang lain.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:09 AM


ANTARA imej dimuat naik di Twitter memuji keberanian pemuda Arab di Israel.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25681#sthash.mBU7AKcl.dpuf

No comments:

Post a Comment