Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas merancang mengemukakan sekali lagi resolusi penubuhan negara Palestin kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Mahmoud berkata, beliau sudah pun berbincang dengan Jordan mengenainya.
Jordan masih lagi menjadi anggota Majlis Keselamatan manakala negara lain yang mempunyai keanggotaan bergilir digantikan menjelang Tahun Baru.
Palestin berharap negara baru terbabit akan lebih bersimpati dan menyokong resolusi mengarahkan Israel berundur dari wilayah dijajahnya sekali gus membolehkan negara Palestin merdeka diwujudkan menjelang 2017, walaupun Amerika Syarikat (AS) yang menolak resolusi itu pada 30 Disember lalu dijangka tetap dengan dengan pendiriannya memihak kepada Israel.
“Bukan kami yang gagal, sebaliknya Majlis Keselamatan PBB yang gagal. Kami akan pergi lagi ke sana, apa salahnya? Mungkin selepas seminggu.
“Kami sedang meneliti perkara ini dan akan membincangkanya dengan rakan kami terutama Jordan untuk mengemukakan resolusi ini malah juga untuk kali ketiga atau keempat jika perlu,” katanya pada mesyuarat diadakan di Ramallah.
Dalam undian PBB Selasa lalu, deraf Palestin menerima lapan undian menyokong iaitu dari Perancis, Russia dan China. AS dan dan Australia menentang sementara lima berkecuali, termasuk Britain.
Namun sebarang usaha mengemukakan resolusi itu dijangka menemui jalan buntu. AS memegang kuasa veto sebagai satu daripada lima anggota tetap dan berazam menghalang perancangan Mahmoud yang diselar sebagai berat sebelah serta tidak produktif.
Mahmoud menandatangani 20 konvensyen antarabangsa keesokannya termasuk Statut Rom untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa seterusnya memberikan mahkamah itu bidang kuasa terhadap jenayah dilakukan di bumi Palestin. Ia bagaimanapun dibantah habis-habisan oleh Israel.
Bagi membalas tindakan Mahmoud itu, Israel mengumumkan Sabtu lalu untuk membekukan hasil cukai berjumlah 500 juta shekel (RM449 juta) yang dikutip bagi pihak Palestin.
“Sekarang ada sekatan, tetapi tidak mengapa. Apapun kami akan tetap meneruskan usaha ini,” kata Mahmoud. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 January 2015 @ 5:04 AM
PENDUDUK Palestin berdiri di atas runtuhan bangunan yang dimusnahkan oleh tentera Israel di Hebron, Tebing Barat, semalam. |
MAHMOUD |
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21799#sthash.O8mgS5wC.dpuf
No comments:
Post a Comment