Monday 5 January 2015

Tak akan ke ICC

AFP
Baitulmaqdis: Israel menegaskan tidak akan membenarkan anggota tenteranya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah perang, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, semalam.
“Kami tidak akan membiarkan askar dan pegawai Pasukan Pertahanan Israel (IDF) diheret ke ICC di The Hague,” katanya pada permulaan mesyuarat Kabinet mingguan, dua hari selepas Palestin memfailkan permohonan di mahkamah berkenaan.
Netanyahu berkata demikian selepas Israel membekukan pemindahan hasil cukai berjumlah setengah bilion shekel (RM449 juta) kepada Pihak Berkuasa Palestin - tindakan pertama dalam beberapa langkah yang bakal diambil sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin itu.
Israel kerap membekukan pemindahan dana sebagai ‘hukuman’ untuk tindakan diplomatik atau politik Palestin yang dilihat menggugatnya.
“Pihak Berkuasa Palestin memilih langkah konfrontasi dengan Israel dan kami tidak akan mendiamkan diri,” kata Netanyahu.
Dia turut berjanji mempertahankan anggota tentera Israel daripada sebarang pendakwaan di ICC.
Katanya, kepemimpinan Palestin yang patut dibicarakan di ICC kerana menandatangani perjanjian damai pada 2014 dengan Hamas, seterusnya membolehkan pembentukan kerajaan.
“Mereka yang patut dihadapkan ke mahkamah kerana menandatangani perjanjian dengan penjenayah perang, Hamas,” kata pemimpin rejim Zionis itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 5:51 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21557#sthash.ty7omOvT.dpuf

No comments:

Post a Comment