Friday 2 January 2015

Palestin sertai ICC, AS Israel berang

Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas semalam menandatangani 20 perjanjian antarabangsa, termasuk Statut Rome mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), sehari selepas usahanya untuk mendapatkan kemerdekaan menjelang 2017 gagal di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Langkah yang mencetuskan kemarahan Israel dan Amerika Syarikat itu membuka jalan kepada mahkamah berkenaan untuk menyiasat jenayah yang dilakukan di bumi Palestin dan pembabitan pemimpin Israel dan Palestin sepanjang konflik berdarah selama lebih satu dekad.
“Mereka menyerang kita setiap hari. Kepada siapa hendak kita mengadu? Majlis Keselamatan mengecewakan kita Ke mana lagi kita hendak pergi?” kata Mahmoud kepada pemimpin Palestin.
Menurut peraturan ICC, keanggotaan Palestin akan membenarkan mahkamah yang berpusat di The Hague, Belanda, bertindak terhadap jenayah perang yang dilakukan sesiapa saja di wilayah Palestin, tanpa perlu merujuk kepada Majlis Keselamatan PBB.
Walaupun Israel tidak menganggotai ICC, rakyatnya boleh dibicarakan atas tindak-tanduknya di bumi Palestin.
Misi pemerhati Palestin di PBB akan menyerahkan dokumen berkenaan hari ini.
Menurut Statute Rome, Palestin akan menjadi anggota ICC pada hari pertama bulan berikut selepas 60 hari menyerahkan dokumen yang ditandangani itu.
Mengulas perkembangan itu, Perdana Menteri Israel berkata, rejim itu akan mengambil apa saja untuk melindungi rakyatnya yang melakukan keganasan di Palestin.
Amerika Syarikat pula menyifatkan langkah Palestin sebagai tindakan yang tidak membantu usaha damai.
Palestin berusaha mewujudkan sebuah negara merdeka di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, wilayah yang ditawan Israel pada Perang 1967.
Momentum untuk mengiktiraf Palestin semakin meningkat sejak Mahmoud berjaya dalam mendapatkan pengiktirafan sementara terhadap negara Palestin di Perhimpunan Agung PBB pada 2012, sekali gus melayakkan Palestin menyertai ICC. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 5:04 AM


MAHMOUD (kanan) menandatangani dokumen keahlian ICC.
- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/20861#sthash.SPCMpzwX.dpuf

No comments:

Post a Comment