Benjamin Netanyahu |
BAITULMAQDIS 1 Jan. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (gambar) semalam dipilih semula untuk memimpin parti berhaluan kanan, Parti Likud apabila dengan mudah mengalahkan pesaingnya, menjelang pilihan raya umum Mac ini.
Kemenangan tersebut membolehkan Netanyahu memegang tampuk pentadbiran parti berkenaan selama tiga kali berturut-turut sejak tahun 2009.
“Selepas hampir 60 peratus undian dikira, Netanyahu mendapat 80 peratus undian, manakala pesaingnya Danny Danon hanya mendapat 20 peratus undian,” kata jurucakap Parti Likud, Noga Katz sambil menambah keputusan akhir hanya akan diketahui lewat hari ini.
Menurut pegawai pemilihan, sebanyak 53 peratus ahli keluar mengundi bagi mencari pemimpin parti untuk tiga tahun akan datang.
Selain mengundi kepemimpinan baharu, sebanyak 96,651 ahli Parti Likud yang keluar mengundi turut memilih calon yang akan diketengahkan menjelang pilihan raya umum pada 17 Mac ini. – AFP
No comments:
Post a Comment