Thursday 22 January 2015

Kakitangan awam Palestin tiada gaji sejak Disember 2014


RAMALLAH, Tebing Barat – Kakitangan awam di Palestin kehabisan wang selepas Israel membekukan dana bagi menghukum tindakan Palestin menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) baru-baru ini.
Seorang guru besar, Abdelhakim Abu Jamus tiada wang langsung bagi membeli makanan untuk lapan anggota keluarganya selepas memberikan duit belanja sekolah anak perempuannya.
Abdelhakim dan beribu-ribu kakitangan awam Palestin tidak dibayar gaji sejak Disember lalu selepas Israel menggantung hasil cukai berjumlah berjuta-juta dolar yang sepatutnya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Pa­lestin (PA).
“Saya memberi baki wang terakhir saya kepada anak perem­puan saya dan kini saya tidak tahu bagaimana kami akan menjalani kehidupan esok,” kata Abdel­hakim yang menyelia sebuah sekolah di sini.
Pada 2 Januari lalu, Palestin mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai ICC di The Hague sebagai langkah pertama mendakwa Israel kera­na jenayah perang.
Berang dengan tindakan Pa­les­tin, rejim Zionis menyekat hasil cukai berjumlah AS$217 juta (RM784 juta) yang biasa dipindahkan kepada PA.
Di bawah satu perjanjian ekonomi pada 1994, Israel perlu memindahkan berpuluh-puluh juta dolar pada setiap bulan kepada PA. Ia merupakan cukai barang-barang yang tiba di pelabuhan-pelabuhan Israel untuk pasaran Palestin.
Walaupun sekatan itu telah beberapa kali dilaksanakan tetapi ia jarang berlanjutan lebih sebulan kecuali pada 2006 apabila Hamas memenangi pilihan raya tempatan di Genting Gaza. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3PVP7wsOO 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment