Baitulmuqaddis: Pemimpin 1.7 juta masyarakat Arab Israel semalam mengisytiharkan mogok di seluruh negara sebagai membantah kematian dua lelaki Badwi yang ditembak polis rejim Zionis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25183#sthash.5L3kqN2A.dpuf
Bekas anggota Parlimen Taleb al-Sana yang juga pengerusi penaung pertubuhan Arab Israel berkata, sekolah dan premis perniagaan ditutup dari Galilee di utara hingga ke padang pasir Negev di selatan.
“Mogok umum dilancarkan hari ini (semalam) untuk menyampaikan mesej bahawa seluruh masyarakat Arab membantah sekeras-kerasnya pembunuhan dua warga Israel yang kesalahan mereka kerana berketurunan Arab,” kata Taleb ketika diwawancara radio tentera Israel.
Sami al-Jaar mati akibat kecederaan selepas ditembak minggu lalu dalam di Rahat, bandar di Negev.
Polis Israel sudah mula menyiasat kes itu untuk menentukan sama ada anggotanya atau penduduk di bandar itu yang melepaskan tembakan.
Seorang lagi mangsa, Sami al-Zayadna, 47, meninggal dunia kerana sesak nafas apabila polis Israel melepaskan gas pemedih mata ketika upacara pengebumian al-Jaar Ahad lalu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 5:07 AM
No comments:
Post a Comment