NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu penduduk Palestin telah mencapai kata sepakat untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mendapatkan keadilan terhadap jenayah perang dilakukan Israel.

Riyad Mansour bertemu 122 anggota ICC buat kali pertama kelmarin, dan memaklumkan penduduk Palestin setuju menyertai tribunal untuk mengakhiri kekejaman rejim Zionis ke atas wilayah berkenaan.

"Kami melihat ICC sebagai mekanisme undang-undang untuk menuntut keadilan. Ia adalah mahkamah di mana kami boleh beroleh keadilan," katanya dipetik Press TV.