Wednesday 31 December 2014

Liga Arab setuju pelan damai Palestin-Israel


SEORANG kanak-kanak Palestin bermain dengan gaya tersendiri di kawasan perumahan yang ranap akibat dibedil Israel dalam peperangan selama 50 hari di Al-Shejaiya, Bandar Gaza.


RAMALLAH – Delegasi Arab di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan cadangan Palestin mengenai perjanjian damai dengan Israel dalam tempoh setahun serta mengakhiri pendudukan rejim Zionis di wilayah Palestin sebelum 2017.
Bagaimanapun tarikh untuk diadakan undian bagi cadangan itu belum dapat dipastikan lagi.
Beberapa diplomat yang dianggotai negara-negara Barat memberitahu, mereka terkejut dengan perkara tersebut apabila Palestin mengemukakan draf resolusi akhir kepada Majlis Keselamatan PBB kelmarin untuk proses pengundian semalam dan hari ini.
Duta Jordan di PBB, Dina Kawar berkata, delegasi Liga Arab telah bersetuju dengan cadangan Palestin itu dan akan menetapkan masa untuk mengundi.
Dia sebelum itu berkata, resolusi itu mendapat sokongan daripada kesemua 15 ahli majlis PBB termasuk Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun Jabatan Negara AS berkata, draf resolusi itu tidak begitu kukuh dan tidak menepati keperluan keselamatan Israel.
Sembilan undi daripada Majlis Keselamatan diperlukan untuk resolusi itu diterima dan seterusnya memaksa AS yang merupakan sekutu rapat Israel menerima keputusan berkenaan.
“Washington bagaimanapun dijangka mengundi untuk menolak resolusi berkenaan,” kata seorang diplomat.
Israel dalam pada itu memberitahu, Majlis Keselamatan PBB bahawa negara itu akan menyokong rundingan yang dibuat tetapi menolak ketetapan oleh pihak ketiga. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3NQh7iyyi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment