Wednesday 3 December 2014

Israel sekat bekalan simen ke Gaza


REUTERS - PENDUDUK Gaza memanaskan badan mereka berhampiran sebuah unggun api di timur Bandar Gaza kelmarin.


GAZA – Penduduk Gaza kini berdepan musim sejuk dalam serba daif berikutan simen dan bahan binaan lain lambat sampai ke wilayah Palestin tersebut kerana disekat oleh tentera Israel.
Sejak perang sebulan antara Israel dan pejuang Hamas di Gaza yang meragut lebih 2,100 nyawa penduduk Palestin dan membunuh 70 warga Israel berakhir pada Ogos lalu, tiada sebarang kemajuan dalam usaha membina semula wilayah yang musnah itu walaupun sumbangan dana AS$5 bilion (RM17.1 bilion) telah dijanjikan para penderma antarabangsa sebelum ini.
Israel pula mengawal ketat import bahan binaan dan peralatan yang masuk ke Gaza dengan alasan boleh digunakan untuk membina semula terowong bawah tanah yang digunakan pejuang Hamas untuk melancarkan serangan.
Beberapa pegawai Palestin dan pengkritik dasar Israel menyatakan, sekatan rejim Zionis menyebabkan usaha untuk membina semula Gaza adalah mustahil.
Keadaan tersebut menyebabkan 40,000 daripada 1.8 juta penduduk Gaza terpaksa tinggal di penempatan sementara manakala ribuan lagi berteduh di celah runtuhan bangunan ketika musim sejuk melanda wilayah itu.
“Simen dan pasir dikawal dan diperiksa rapi seperti bahan-bahan itu senjata nuklear,” kata Sari Bashi yang merupakan pengasas bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan Israel, Gisha.
– Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Kmm7sQQk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment