Seandainya keutamaan ummah adalah untuk mengembalikan perpaduan dan kekuatan, Jerusalem pula terus berjuang untuk mengembalikan maruah dan kebebasan mereka.
Isu ini sekali gus menjadi medan terbaik untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira budaya, fahaman politik, etnik dan perbezaan mazhab.
Berdasarkan sejarah terdahulu, Jerusalem dan kawasan suci sekitarnya tidak pernah diberi penghormatan sepertimana pada zaman pemerintahan Islam, yang mana sepanjang era khulafa Al-Rashidin, Umayyah, Abbasiyyah, Ayubids, Mamluk dan Uthmaniyah, umat Islam diberi akses sepenuhya dan bebas untuk beribadat di Jerusalem.
Ini tidak berlaku semasa pemerintahan lain.
Tentera salib, yang memerintah Jerusalem semasa Zaman Pertengahan untuk lebih satu abad, telah memperlakukan masjid sebagai kandang kuda!
British, yang memerintah Palestin dari 1917 sehingga 1948, telah menyeksa masyarakat Arab Baitulmuqaddis, malah Mufti Jerusalem turut diusir.
Sementara pihak berkuasa Israel, yang kini mengawal Jerusalem, telah bekerja siang dan malam untuk menjadikannya sebuah bandar Yahudi dan mengubah Masjid al-Aqsa menjadi kuil Yahudi.
Berdasarkan hakikat inilah, umat Islam bersama-sama dengan penganut agama lain seharusnya melakukan yang terbaik untuk menamatkan pendudukan Israel yang kejam terhadap kota Jerusalem.
Tidak perlu diragui lagi betapa rakyat Malaysia amat mengambil berat mengenai isu pembebasan Jerusalem sebagaimana rakyat Palestin itu sendiri, kerana membebaskan kota suci ini adalah tanggungjawab bersama tidak kira masyarakat Islam atau bukan Islam.
Terbaharu, berikutan serangan Israel ke atas kota Jerusalem; termasuk penutupan bandar, pembunuhan dan penahanan penduduk Baitulmuqaddis serta perobohan rumah-rumah mereka, dan juga percubaan Yahudi untuk membahagikan Masjid al-Aqsa serta mengubahnya menjadi sebuah kuil Yahudi.
Justeru, beberapa tindakan praktikal perlu diambil untuk mempertahankan kota dan masjid suci tersebut.
Salah satu daripada langkah-langkah ini adalah dengan menganjurkan kempen "Save al-Quds (Jerusalem)" yang bertujuan untuk menghimpunkan sokongan untuk Masjid al-Aqsa dan Jerusalem dari semua peringkat.
Sehubungan itu, pada Jumaat bersamaan 5 Disember 2014, sebuah gabungan terdiri daripada lebih 25 NGO Malaysia (termasuk PCOM, Quds Foundation, Aqsa Syarif, Abim, Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Perdana Global Peace, Viva Palestina, Ikram, Aman Palestin, Haluan dan lain-lain) akan mengadakan jamuan makan tengah hari bersempena kempen Malaysia untuk Jerusalem di Putrajaya.
Kempen di bawah naungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini bertujuan untuk mengetengahkan perpaduan dan sokongan semua rakyat Malaysia terhadap saudara Palestin.
Walaupun nasib Palestin seolah-olah hanya ditentukan menerusi siri intifada di Jerusalem untuk mempertahankan kota suci tersebut, mereka tetap meneruskan perjuangan dan berharap masyarakat seluruh dunia menyokong mereka.
Secara peribadi, saya amat yakin bahawa Jerusalem boleh terus bergantung harap terhadap Malaysia dan berani untuk memberi sokongan!
MUSLIM IMRAN
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM)
No comments:
Post a Comment